2 APRIL 2012, BACK FOR GOOD, FROM KENITRA-AEROPORT
![]() |
| fly with saudi arabia airlines |
Bila mana menyedari beg aku hilang. Aku meminta azua untuk mencarinya. Sebab aku saat tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk mengadu pada pengawal keselamatan train tersebut. Tapi, aku rasa pengawal keselamatan itu langsung tidak mendatangkan faedah. Dia hanya berdiri dan mencari sekitar kwsn beg kami dikumpulkan. Sakit hati aku ! Aku sendiri yang bertanya kepada setiap penumpang di dalam qitor tersebut. Alhamdulillah, Allah temukan aku dgn seorang Doktor .......(aku xtahu nama dia) dia yang banyak menenangkan aku. Aku hanya lebih banyak berdiam drpd berkata2 sehingga doktor tersebut merasakan aku tidak faham bahasanya. Aku faham cuma aku tidak berdaya untuk berkata2.
Sesampainya di lapangan terbang Mohd Khamis, Doktor tersebut yang membantu aku. Terus kami berkejar2 ke pej polis yang terdapat di dalam aeroport tersebut. Jawapa yang diberikan, mereka memerlukan pengesahan dari pihak kedutaan. Itu sudah pasti. Cuma untuk kepastian. Beliau juga la berlari ke kaunter Sausi Arabia Airlines bagi menundakan jadual penerbangan aku pada hari itu. Settle. Aku dibiarkan hanyut dgn perasaan sendiri.
Sedang Azua dan Farhana mendaftar masuk, didapati tempat mereka telah di"cancel" kan. Agak kalut suasana ketika itu. Masa tinggal tidak kurang dari 5 minit. Pegawai2 yang berada disitu kekalutan. Mereka berusaha mencari tempat untuk azua dan farhana . Penerbangan dari Morocco- Jeddah tiada masalah, Jeddah- Malaysia yang bermasalah. Seat penuh. Maklum lah org Malaysia, sekarang musim ber"umrah" Akhirnya, ada tempat untuk mereka. Alhamdulillah. Maka berlepas la mereka meninggalkan aku. Esok aku perlu mula berurusan !
Malam itu aku pulang ke rumah pelajar di CasaBlanca. Aku buka laptop kesayanganku, mencari jalan bagaiman harus aku memberitahu ibubapa ku. Alhamdulillah, kawanku yang telah pulang ke Malaysia sedang on9 dan kebetulan dia menegur aku. Aku meminta pertolongan nya untuk menghubungi ibu bapa ku. Settle. Esok aku perlu bersiap2 untuk melapor kejadian tadi di ibu pej. polis Casa Blanca.
11.00 pagi. Berjalan dihadapan ibu pej. polis CasaBlanca. Sangkaan aku meleset. Mereka tolak aku, meminta aku membuat laporan di Ain Sebaa. Pulang ke rumah. Bila mahu bertolak ke Ain Sebaa, aku mendapat panggilan dari senior laki wilayah aku. Ustaz Azim. Dia menasihati lebih baik aku pulang ke Kenitra dulu. Katanya, kemungkinan besar dorang akan tolak aku ke Kenitra plak. ok! So, aku decide...pergi dulu ke Ain Sebaa n then, pulang ke Kenitra. Betul kata2 UStaz Azim dan junior aku, Shollehin yang menemani aku dan Izzati ketika itu. Setelah bertekak dgn polis di Ain Sebaa. Aku pulang sendirian ke Kenitra.
Pagi Rabu, aku menumpang sebentar di program Malaysia Day yang diadakan di Universiti MOhd 5, Rabat. Pesan Ustaz Azim, pergi je Rabat, mana tahu boleh buat emergency passport tanpa report. Semasa di program tersebut sorang junior laki menegur aku, Amir namanya. Pada mula dia ternampak aku, dia terkejut. Dia tanyakan kepada ku hal yang terjadi. Kebetulan dia juga ada pengalaman. Maka, pengalaman tersebut sedikit sebanyak membantu aku. Dia membantu aku menelefon pegawai kedutaan. En Rahman, dimana beliau bertanggungjawab dalam hal ehwal pelajar. Tiada masalah drpd En Rahman tapi dia meminta aku untuk hadirkan bersama surat laporan polis. That's meant yg aku kene pulang ke Kenitra.Terus pulang ke Kenitra.
Petang itu aku ditemani Qasem untuk urusan laporan tersebut. Nasib baik aku masih menyimpan salinan dokumen2 yang penting. Jadi, bila pegawai polis tersebut minta pada aku, aku hanya perlu serahka tanpa perlu banyak bersoal jawab. Esok, aku kene dtg semula.Pagi Khamis tuh, awal2 dia buka pejabat tuh aku dah ada. Hari ini bersama aku Fadhlina. Qasem wajib ada, dalam keadaan aku skang nih, orang tanya "ma ismuki" pun aku x faham. Setelah die tnya itu dan ini, dia suruh aku amek awal pagi esok. Angin sekejap. Tiba2 aku bersuara. Aku pun x sangka. Akak tuh faham. So, aku boleh amek laporan tuh petang.
Petang tuh setelah amek report aku aku g check tiket. Paling awal 24 april, jumlah perlu ditambah 2200 dh. Yang murah ada 1680dh bertarikh 6 Mei, xmahu la aku.Aku book jer dulu. Esok lagi satu kerja aku perlu settlekan. Passport emergency. Malam tuh aku menghubungi En Rahman. Beliau meminta aku hadir ke Kedutaan Malaysia pada waktu petang, sebab pagi beliau ada mesyuarat.
![]() |
| agensi travel yg aku kujungi |

Pertama : Bewudhu'
عن أبي موسى ـ رضي الله عنه ـ قال : ( دعا النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ بماء فتوضأ به ثم رفع يديه فقال : اللهم اغفر لعبيد أبي عامر ، ورأيت بياض إبطيه فقال : اللهم اجعله يوم القيامة فوق كثير من خلقك من الناس )(البخاري
Kedua: Menghadap qiblat
عن سلمان الفارسي ـ رضي الله عنه ـ قال : ( إن ربكم حيي كريم ، يستحي من عبده أن يرفع إليه يديه فيردهما صفرا ) (ابن ماجه) ..
Keempat: Dalam keadaan khusyu' dan melembutkan suara
عن هشام بن عروة ـ رضي الله عنه ـ قال : أخبرني أبي عن عائشة ـ رضي الله عنها ـ في قوله عز وجل : { وَلا تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلا تُخَافِتْ بِهَا }(الإسراء: من الآية110) ، نزلت في الدعاء )(النسائي
Kelima:Mulakan dgn puji-pujian
وعن عبد الله بن مسعود ـ رضي الله عنه ـ قال : ( كنت أصلي ، والنبي ـ صلى الله عليه وسلم ـوأبو بكر وعمر معه ، فلما جلست بدأت بالثناء على الله ، ثم الصلاة على النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ، ثم دعوت لنفسي ، فقال النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ : سل تعطه ، سل تعطه )(الترمذي
Keenam: Yakin Allah akan menyempurnakan doa tersebut
حديث أبي هريرة قال : قال رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ : ( من لم يسأل الله يغضب عليه) . ولذلك كان أبو الدرداء ـ رضي الله عنه ـ يقول : " من يكثر قرع الباب يوشك أن يفتح له ، ومن يكثر الدعاء يوشك أن يستجاب له
Itu shaja,doa dgn ikhlas dan penuh keyakinan...InshAllah mustajab !!!





0 comments:
Post a Comment