Semester 2 Pengajian Islam, FEBUARI, 2009
Kelas pertama bagi madah "Fiqh Seerah" Aku terfikir-fikir apakah madah ini. Adakah permasalahan hukum hakam yang terdapat pada zaman Baginda s.a.w dan para sahabat ? Agakan aku pastilah tidak. Ia pasti berkaitan dengan perjalanan kehidupan baginda sebab itu dinamakan dgn seerah. Pelik kenapa diletakkn fiqh disitu. Baru tahun pertama, agak sukar jugak untuk memahami satu persatu makna kalimah.
Pertama kali subjek Seerah pasti kita dikenalakan siapa itu Baginda...bagaimana Baginda diangkat...mengapa Baginda, bukan orang lain...bila Baginda diangkat...cukup lengkap soalan ini untuk menghasilkan satu karangan ! Itu baru bab yang pertama.Saya bukan mahu memberikan biografi Baginda s.a.w. Saya ingin mengajak kalian semula meneladani kisah Baginda s.a.w ketika mana wahyu pertama diturunkan.
Sedang Baginda s.a.w mengasingkan diri untuk medekatkan diri dengan Sang Pencipta Yang Agung. Tiba-tiba datang kepada Baginda s.a.w suatu bentuk yang amat Baginda geruni. Itulah Malaikat Jibrail yang diutuskan Allah untuk bertemu Baginda s.a.w.
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Lihat, ini telah tertulis beribu tahun yang lalu. Sebelum kita semua melihat dunia yg sfera ini,sebelum kita memaknai erti kehidupan. Allah s.w.t awal2 telah mewahyukan kepada Baginda s.a.w untuk membaca. Bukan untk Baginda s.a.w seorang tapi untuk kita semua...Kita yang bukan sahaj umatnya tapi juga untuk manusia diseluruh Bumi ini.Tidak terhad kepada umat Islam semata2.
Ini terbukti berdasarkan dalil yang kuat dari Al-quran. Islam lah yang terlebih dahulu menyeru kepada generasi membaca yang menjadi contoh ribuan orang. Tapi sayang, suatu ketika dahulu kita pernah terleka. Ilmu dari dunia Islam diceduk dan diaplikasi oleh mereka yang bukan Islam. Seterusnya, mereka membuat pengisytiharan bahawa ilmu tersebut milik mereka. Sungguh sayang. Ayuh, kembali kan kegemilangan Islam. Islam mesti maju, Islam xboleh mundur !!!
Perbaiki diri untuk jadi terbaik,kita tidak mampu untuk copy paste smue maklumat...tapi jika kita ikhlas, nothing is impossible !Awal-awal wahyu pun dah ajar kita, ok...let's reading !!!
.jpg)

0 comments:
Post a Comment