05 May 2012

KISAH SEBELUM TIDUR


SELEPAS SOLAT ISYA' , SEBELUM TIDUR



Saya berkenalan dengan surah semasa saya di Tingakatan 4,Sek. Meng. (A) Tengku Ampuan Fatimah, Pekan, Pahang. Surah al-mulk adalah diantara surah yang perlu dihafal oleh pelajar tingk.4 bagi peperiksaan S.M.A iaitu pada tahun 2006. Alhamdulillah, walaupun saya tidak menghafal keseluruhan Surah saya lulus ujian. Bukan xmahu hafal,tapi memang saya tidak mampu. Alhamdulillah ketika diuji Allah memudahkan saya. Itu kisah saya dulu, sekarang Surah ini saya amalkan ketika sebelum tidur dan lebih baik selepas solat Isya' sebab saya takut jika2 saya terlupa. Pernah juga saya diberitahu oleh guru-guru dan rakan-rakan bahawa surah ini elok dibaca sebelum tidur...tapi saya ambil kata2 mereka itu endah tak endah sahaja.

Sekarang, zaman sudah berubah. Akal juga sudah berkembang. Alhamdulillah. Sekarang saya pula mengajarkan kepada adik2 saya untuk beramal dengan surah ini. Selesai Solat Isya' bersama, kami duduk bersama membaca Surah Al-Mulk. Harapan saya supaya adik2 saya juga dapat melazimkan diri dan istiqamah dengan Surah Al-Mulk ini. MOga bilamana ada amalan yang kita istiqamah melaksanakannya mampu menampung kekurangan dalam diri. Ameen~

عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: من قرأ تبارك الذي بيده الملك كل ليلة، منعه الله عز وجل بها من عذاب القبر، وكنا في عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم نسميها “المانعة”، وإنها في كتاب الله عز وجل سورة، من قرأ بها في ليلة فقد أكثر وأطاب.  (رواه النسائي واللفظ له والحاكم وقال صحيح الإسناد وحسنه الألباني


Abdulloh bin Mas’ud mengatakan: “Barangsiapa membaca surah Tabarokalladi bi yadihil mulk setiap malam, maka Alloh azza wajall menghindarkannya dari adzab kubur, dan dahulu kami (para sahabat) di saat Nabi saw(masih hidup) menamainya “al-Mani’ah” (penghindar/penghalang). Sungguh surah tersebut ada dalam Kitabulloh, barangsiapa membacanya dalam suatu malam, maka ia telah banyak berbuat kebaikan” (HR. Nasa’i dengan redaksinya, diriwayatkan pula oleh al-Hakim dan ia mengatakan: sanadnya Sahih, dan dihasankan oleh Albani)


Surah ini bukan sahaja dinamakan dengan Almulk. Ia turut dinamakan sebagai Surah Al-waqiyah dan juga Surah Al-Munjiyah. Kerana terdapat ayat-ayat didalam surah ini menerangkan tentang azab kubur serta menerangkan syafaat/balasan kepada pengamalnya.

Jika diteliti tafsiran Surah Al-Mulk ini sangatlah indah. Saya tertarik hati pada tafsiran ayat 1-5. Allahu Akbaar. Hebat sungguh kekusaan Allah. Juga diceritakan kelebihan bintang-bintang dilangit, bukan sahaja sebagai penghias langit kelam tetapi juga sebagai penujuk jalanan bagi musafir. Dan sebagai lemparan kepada syaitan. Wah, hebatkan. Bintang sangat indah dipandang pada manusia, dalam masa yang sama memberikan manfaat juga. .....masukkan hadis(rujuk surah as-safaat)

Ini menujukkan Allah berkuasa mutlak keatas semua makhluknya. Segala perjalanan dan aturan dunia ini Allah telah tentukan. Begitu juga kepada mereka yang ingkar kepada arahanNya. Yang turut terkandung dalam surah ini meberitahu sifat-sifat neraka. Antaranya, jika seorang kafir dicampakkan ke dalam neraka, mereka akan mendengar suatu suara yang amat mengerunkan seakan-akan amat marah kepada mereka. Suara manusia yg garang pun sudah dpat menggerunkan hati manusia dimuka bumi ini apatah lagi di akhirat nanti. MInta-minta Allah jauhkan kita kita dari azab sebegini.

Secara keseluruhanya , surah ini menerangakn :

Allah berkuasa mutlak keatas semua makhluknya
Azab yang amat memedihkan bagi mereka yang ingkar
Allah menjadikan dunia ini sebagai perhentian untuk berjalan dan mencari rezki yang halal
tiada pertolongan dan tiada rezki selain dari Allah
Perihal Hari Kiamat itu hanya Allah yang tahu, Baginada s.a.w hanya menyampaikan shj


Jom beramal, sebagai permulaan mulakan dengan sekali seminggu sehinggan dpt ber"istiqamah" Jngan terus drastik, bila telah jemu...istiqamah pun hilang.



0 comments: