17 March 2012

AYUH BERSOLAT



BULAN 7, 2010 - BULAN 10, 2010


"Vr0oomm" a bunyi karisma modenas ayah ku yang dihiasi oleh beberapa sticker hamtaro. Eyh ayah dah balik dah. Semua bersorak keriangan. Dalam masa yang sama, dalam hatiku, "alamak, aku xsolat lagi...habislah aku" Terus aku cepat2 memasuki bilik air untuk mengambil wudhu'

Kedengaran suara ayah diluar. Mungkin pelik bila anak dia yg sorang ini tidak bersama2 dengan adik-adiknya. Berdebar juga dalam hati. Solat itu wajib. Maka, buangkan rasa debaran itu. Aku solat bukan keran takutkan kepada ayahku. Itu suruhan Allah, sebagai hamba yang diberi pinjaman nyawa ini.Aku perlu lah mejalankan kewajipan ku. Aku solat Asar seorang diri.

Setelah selesai menunaikan kewajipan yang satu itu, aku memunculkan diri sambil menjerit riang..."Aaaaaaaaaaayaaaah" rindu sangat mungkin. Kami duduk dimeja makan bersama. Sedapnya pisang goreng dan keropok tuh. Kami semua berkumpul dimeja yang sama kecuali adikku yg ke4, Acu. Ayah bertanyakan mana Acu. Aku katakan aku tidak tahu. Rupanya Acu sedang bersolat diruang tamu rumah kami.Setelah bersolat, dia pun menuju kearah kami bg mendapatkan tempat duduknya.

"Kamu nih ayong, xbelaja solat berjamaah ke kat sana...?", soal ayah. Aku tersentap !!! Aku menjawap persoalan ayahku itu dengan soalan juga. "Kenapa ayah tanya ayong cam itu ?" Ayah menerangkan kemusykilan nya, beliau berasa sedikit pelik mengapa aku tidak mengajak sekali adikku dan ibuku untuk solat bersama2. Bukan aku xmahu, cuma aku xsedar.Lepas dari peristiwa ini, aku selalu mengajak adikku dan ibuku untuk solat bersama jika tiada halangan.



Lagipun besar faedahnya jika melaksanakan solat secara berjamaah. Secara logiknya, jika anda menghadapi masalah anda tidak mampu mengharunginya jika anda berseorangan. Walaupun mungkin sahabat kita tidak mampu memberikan solusi kepada permasalahan kita, tp sekurang2 nya membuatkan kita rasa kuat dan tabah. Begitulah pentingnya berjamaah bagi saya. Berjamaah mampu membuatkan kita bangkit !!! Kerana penciptaan manusia bukan semata untuk beribadat kpd Allah, tapi Allah menciptakan kita semua untuk kita saling kuat menguatkan dan bantu membantu.

Itu dari sudut pandangan saya. Lagipun bukan susah untuk berjamaah. Permulaannye mungkin agak sedikit sukar tapi bila sudah membiasakan diri. Ianya menjadi suatu perkara yang sangat best. Terdapat pelbagai hadis menerangkan tentang solat berjamaah. Antaranya,



ANDA DIJANJIKAN 27 KALI GANDA GANJARAN






عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Bukhari dan Muslim.
Syaitan sukar menguasai dirimu
عَنْ أَبِيْ الدَّرْدَاءِ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمُ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدِ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ. رواه أبو داود والنسائي.
Daripada Abu Darda' r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada di kampong atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. Riwayat Abu Dawuud dan an-Nasaaiyy.
Tidak tergolong dalam kalangan orang munafiqin
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ صَلَاةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنَ الْفَجْرِ وَالْعِشَاءِ, وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada solat isyak dan subuh. Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak". Riwayat Bukhari Muslim.
Kelebihan pada solat Isya' dan Maghrib
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ, سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ, وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang sembahyang Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersembahyang keseluruhan malam. Hadis riwayat Muslim
Hebatkan tawaran yg Alah jaga kita semua sebagai hambaNya.Tawaran yang menjanjikan kebaikan untuk anda. 
AYUH, TUNGGU APA LAGI. JOM SOLAT BERJAMAAH ! =)

0 comments: