24 February 2012

KEMBARA ILMU



25 OKTOBER 2008,FROM KLIA TO AEROPORT MOHAMED KHAMIS, CASABLANCA



Bermula tarikh ini, maka bermulalah kehidupan saya sebagai pengembara ilmu.InshAllah.
Pada asalnya, ini bukan kemahuan saya. Kisahnye bermula di Kuliah Al-lughah WaDdin Sultan ABu Bakar, Pekan,Pahang. Ada tawaran dibuka bagi mereka2 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Universti Timur Tengah. antaranya, yang pertama, offcourse la, Mesir. Kedua, Perbankan Islam, Universti Yarmouk, Jordan.Ketiga, Universti diMorocco.


Universti diMorocco

Saya dimaklumkan oleh pegawai Yayasan Pahang + Ikip bahawa tawaran yang mereka buka adalah terhad iaitu sebanyak 10 org shj, itu jika anda berminat ke Morocco. Lain halnya, kalo anda mahu ke Jordan atau Mesir. Maka, sy tertarik. Cube mencabar diri. Agak2 Yayasan Pahang nak taja aku tak ke Morocco.Aku pun isi borang.


Setelah beberapa minggu kot, pegawai Yayasan Pahang menghubungi ibuku dirumah. Ibuku seakan terkejut, mana taknya, anak dia nih xmaklumkan lagi padanya.terkjut la beliau. Maaf, ibu. Aku dipanggil untuk ditemuduga. Tanpa perasaan. Aku pergi. Pihak Kuliah ada menyewakan untuk kami sebuah bas bagi memudahkan kami untuk pergi ke tempat temuduga, IKIP 5, Pergi shj, balik sendri sbb minggu tersebut adalah minggu cuti kami. Rakan-rakanku yang lain sibuk memegang kamus. Aku pelik. Owh, rupe-rupenye mereka sedang menambah vocab arab mereka. Hebat ! Aku...? Kamus yang dorang pegang tuh pun aku xada. Selamba. Sekarang kamus tersebut banyak membantu aku.


Ok.Dah sampai.Ramainya orang. Sebelum itu, aku yang nakal ini mengeluarkan telefon bimbitku setelah pasti keadaan selamat. "Ayah, skit lg jgn lupa amek ayong, k" nak pesan tuh jer.Sebab aku dah pengalaman, ibu ayah xdtg2 amek report card sampai petang.


Kami semua berkumpul dalam satu dewan. Ada yang mahu ke Jordan, Mesir dan Morocco. Mesir paling ramai.Kemudian kami yang memohon ke Morocco dipanggil keluar, diambil maklumat diri kami dan meminta kami bersedia.Kepanaan sebentar.Sempat aku berkenalan dgn seorang rakan temuduga aku. Namanya Farhan kalo xslap, sekolah Chenor.Sekarang aku dah xkenal siapa dia. Kami dipanggil masuk. Baru aku rasa cuak, mencuba meningati kalimah2 yang rakanku sebut2 dalam bas tadi.


Alamak, dah sampai turn aku !!! Ustaz Khairul Anuwar nama beliau. Muka garang. Dia bagi aku sebaris ayat dan meminta aku menjawabnya. Ayat senang jer. Patut aku baca perkataan last sekali tuh berbaris bawah,tapi aku dah tersilap.Farhan yang disebelah aku yg jawabkan.Selepas itu, Ustaz tanya aku apa pekerjaan ayahku, aku lega...soalan simple "pembantu tadbir",jawabku. "Dalam bahasa Arab..?",aduh...!dalam otak aku pembantu = tolong, tolong dalam bahasa arab مساعدة , tadbir = tadbir lah...aku pun tibai la مساعد التدبير, Beliau tersenyum. Lega. Tak tahu la betul ke tidak. "Bahasa Perancis...?" Beliau xhabis lagi soal aku. Aku geleng kepala. Nak tibai memang xmampu.Sikit pun aku xada asas. Aku jujur. "Saya tak pernah belajar bahasa perancis, ustaz" Ustaz tersebut sengih dan tersenyum sambil berkata..."Tak apa, nanti kami akan ajar" dalam hati, adakah ini tandanya,aku diterima...?Selesai giliran aku. Rasa nak masuk balik dan nak bagitahu kat ustaz tuh. Aku datang saja2 jer bukan serius !!!


Sebulan jugak kot.Tiba2 kawan2 aku. Asna, Asna, ko  dapat Morocco. Serius aku xpercaya !!! Lagipun aku memang xnak. FAHAM. Nama si Farhan tuh xada pun.Kasihan dia. Dia memang beria-ria dan bersemangat.Aku sedih. Pernah la jugak aku kami berhubung didalam telefon. Ada kawan dia jumpa aku, jIka aku xnak, si Farhan tuh mengharap sangat. Aku xboleh buat keputusan. Apa-apa hal aku kene refer pd ibuayah dulu walau perkara yg aku xsuka. Boleh dikata tiap2 hari ibu ayah ulang alik Pekan - Kuantan semata-mata nak pujuk aku terima tawarn tersebut. Siap belanja kawan2 yang sekolah dengan aku KFC besar plak tuh. Aku tetap berkeras hati. Gaya ibu ayah cam dah putus asa. Tak sangka, mereka menggunakan kawan2 aku.Aku tahu walau aku kata xnak pun, aku kene jugak. Aku kenal ibu ayah aku. Aku xsanggup dorang sedey. Aku pasrah. Akhirnya, aku sampai ke bumi Morocco nih walaupun disaat akhir keberangkatan ke sini terdapat pelbagai masalah. Sebab nama kami xnaik. Alhamdulillah, ustaz Khairul Anuwar yang menaikkan nama kami disini. Masa tuh, berkali aku merungut, mengulang semula kata2 ku, kalo la dulu aku terima tawaran untuk belajar akaun atau UDM, tentu xjd cam tuh. Tapi, harapan ibu ayah lebih besar dan Allah knows the best !!!


Dan sekarang, tengok ini...


sy,shaliza,fatin.madihah, azma, kaq mun,aman

Akhirnya, saya telah bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam,Universti Ibn Tofail, Kenitra, Morocco. Alhamdulillah, berkat doa anda semua. Tapi ini bukan bermakna kembara ilmu akan berhenti disini kerana ilmu Allah xkan pernah habis, banyak lagi yang perlu diterokai.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ " مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَرْجِعَ "

Nah, hadiah buat kalian.Selamat mendengar dan hayati !!!


2 comments:

Mardhiyyah_cahayakeredhaan said...

Akhirnya, anda telah bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam,Universti Ibn Tofail, Kenitra, Morocco. Doakan saya mengikuti jejak langkah anda.. :)

Asna Syimah bt Amir Saidon said...

inshAllah,anda pun bakal menaiki pentas itu.Doakan segala ilmu yg dipelajari tidak disia-siakan.JAngan putus doa k =)