27 April 2012

GENERASI MEMBACA


Semester 2 Pengajian Islam, FEBUARI, 2009


Kelas pertama bagi madah "Fiqh Seerah" Aku terfikir-fikir apakah madah ini. Adakah permasalahan hukum hakam yang terdapat pada zaman Baginda s.a.w dan para sahabat ? Agakan aku pastilah tidak. Ia pasti berkaitan dengan perjalanan kehidupan baginda sebab itu dinamakan dgn seerah. Pelik kenapa diletakkn fiqh disitu. Baru tahun pertama, agak sukar jugak untuk memahami satu persatu makna kalimah.

Pertama kali subjek Seerah pasti kita dikenalakan siapa itu Baginda...bagaimana Baginda diangkat...mengapa Baginda, bukan orang lain...bila Baginda diangkat...cukup lengkap soalan ini untuk menghasilkan satu karangan ! Itu baru bab yang pertama.Saya bukan mahu memberikan biografi Baginda s.a.w. Saya ingin mengajak kalian semula meneladani kisah Baginda s.a.w ketika mana wahyu pertama diturunkan.


Sedang Baginda s.a.w mengasingkan diri untuk medekatkan diri dengan Sang Pencipta Yang Agung. Tiba-tiba datang kepada Baginda s.a.w suatu bentuk yang amat Baginda geruni. Itulah Malaikat Jibrail yang diutuskan Allah untuk bertemu Baginda s.a.w.  


 sepertimana yang diceritakan melalui lagu ini Baginda s.a.w berlari ketakutan menuju isterinya yang tercinta berikutan dari kisah Jibaril yang memeluk Baginda s.a.w dan memaksa Baginda "Iqra'", maka jawab Baginda "Ma ana bi9are3" sebanyak 3 kali. Lalu Jibrail a.s mengajar Baginda s.a.w ayat 1-5 dari Surah Al-Alaq.


Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
 Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Lihat, ini telah tertulis beribu tahun yang lalu. Sebelum kita semua melihat dunia yg sfera ini,sebelum kita memaknai erti kehidupan. Allah s.w.t awal2 telah mewahyukan kepada Baginda s.a.w untuk membaca. Bukan untk Baginda s.a.w seorang tapi untuk kita semua...Kita yang bukan sahaj umatnya tapi juga untuk manusia diseluruh Bumi ini.Tidak terhad kepada umat Islam semata2. 

Ini terbukti berdasarkan dalil yang kuat dari Al-quran. Islam lah yang terlebih dahulu menyeru kepada generasi membaca yang menjadi contoh ribuan orang. Tapi sayang, suatu ketika dahulu kita pernah terleka. Ilmu dari dunia Islam diceduk dan diaplikasi oleh mereka yang bukan Islam. Seterusnya, mereka membuat pengisytiharan bahawa ilmu tersebut milik mereka. Sungguh sayang. Ayuh, kembali kan kegemilangan Islam. Islam mesti maju, Islam xboleh mundur !!!




Perbaiki diri untuk jadi terbaik,kita tidak mampu untuk copy paste smue maklumat...tapi jika kita ikhlas, nothing is impossible !Awal-awal wahyu pun dah ajar kita, ok...let's reading !!!


18 April 2012

UJIAN ALLAH ITU BERTEMPAT





2 APRIL 2012, BACK FOR GOOD, FROM KENITRA-AEROPORT


fly with saudi arabia airlines
Tanggal 2 April 2012. Tarikh yang aku nanti-nantikan kedatanganya sejak bulan November lagi. Itu rancangan aku. Rancangan Allah lain pula. Mungkin ini bukan tarikh bertuah aku. Hikmah yang aku sendiri belum sedari dan xnampak. Kejadian beg tangan aku di curi mungkin. Mustahil pula ia hilang begitu shj. Saat itu, segala harapan aku berkecai, wajah mereka2 yang aku sayangi hilang begitu shj sehinggakan pada saat nih aku dah tiada semangat untuk pulang. Perasaan untuk pulang itu ada tapi perasaan itu hambar.


Bila mana menyedari beg aku hilang. Aku meminta azua untuk mencarinya. Sebab aku saat tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk mengadu pada pengawal keselamatan train tersebut. Tapi, aku rasa pengawal keselamatan itu langsung tidak mendatangkan faedah. Dia hanya berdiri dan mencari sekitar kwsn beg kami dikumpulkan. Sakit hati aku ! Aku sendiri yang bertanya kepada setiap penumpang di dalam qitor tersebut. Alhamdulillah, Allah temukan aku dgn seorang Doktor .......(aku xtahu nama dia)  dia yang banyak menenangkan aku. Aku hanya lebih banyak berdiam drpd berkata2 sehingga doktor tersebut merasakan aku tidak faham bahasanya. Aku faham cuma aku tidak berdaya untuk berkata2.


Sesampainya di lapangan terbang Mohd Khamis, Doktor tersebut yang membantu aku. Terus kami berkejar2 ke pej polis yang terdapat di dalam aeroport tersebut. Jawapa yang diberikan, mereka memerlukan pengesahan dari pihak kedutaan. Itu sudah pasti. Cuma untuk kepastian. Beliau juga la berlari ke kaunter Sausi Arabia Airlines bagi menundakan jadual penerbangan aku pada hari itu. Settle. Aku dibiarkan hanyut dgn perasaan sendiri.


Sedang Azua dan Farhana mendaftar masuk, didapati tempat mereka telah di"cancel" kan. Agak kalut suasana ketika itu. Masa tinggal tidak kurang dari 5 minit. Pegawai2 yang berada disitu kekalutan. Mereka berusaha mencari tempat untuk azua dan farhana . Penerbangan dari Morocco- Jeddah tiada masalah, Jeddah- Malaysia yang bermasalah. Seat penuh. Maklum lah org Malaysia, sekarang musim ber"umrah" Akhirnya, ada tempat untuk mereka. Alhamdulillah. Maka berlepas la mereka meninggalkan aku. Esok aku perlu mula berurusan !


Malam itu aku pulang ke rumah pelajar di CasaBlanca. Aku buka laptop kesayanganku, mencari jalan bagaiman harus aku memberitahu ibubapa ku. Alhamdulillah, kawanku yang telah pulang ke Malaysia sedang on9 dan kebetulan dia menegur aku. Aku meminta pertolongan nya untuk menghubungi ibu bapa ku. Settle. Esok aku perlu bersiap2 untuk  melapor kejadian tadi di ibu pej. polis Casa Blanca.


11.00 pagi. Berjalan dihadapan ibu pej. polis CasaBlanca. Sangkaan aku meleset. Mereka tolak aku, meminta aku membuat laporan di Ain Sebaa. Pulang ke rumah. Bila mahu bertolak ke Ain Sebaa, aku mendapat panggilan dari senior laki wilayah aku. Ustaz Azim. Dia menasihati lebih baik aku pulang ke Kenitra dulu. Katanya, kemungkinan besar dorang akan tolak aku ke Kenitra plak. ok! So, aku decide...pergi dulu ke Ain Sebaa n then, pulang ke Kenitra. Betul kata2 UStaz Azim dan junior aku, Shollehin yang menemani aku dan Izzati ketika itu. Setelah bertekak dgn polis di Ain Sebaa. Aku pulang sendirian ke Kenitra.


Pagi Rabu, aku menumpang sebentar di program  Malaysia Day yang diadakan di Universiti MOhd 5, Rabat. Pesan Ustaz Azim, pergi je Rabat, mana tahu boleh buat emergency passport tanpa report. Semasa di program tersebut sorang junior laki menegur aku, Amir namanya. Pada mula dia ternampak aku, dia terkejut. Dia tanyakan kepada ku hal yang terjadi. Kebetulan dia juga ada pengalaman. Maka, pengalaman tersebut sedikit sebanyak membantu aku. Dia membantu aku menelefon pegawai kedutaan. En Rahman, dimana beliau bertanggungjawab dalam hal ehwal pelajar. Tiada masalah drpd En Rahman tapi dia meminta aku untuk hadirkan bersama surat laporan polis. That's meant yg aku kene pulang ke Kenitra.Terus pulang ke Kenitra.


Petang itu aku ditemani Qasem untuk urusan laporan tersebut. Nasib baik aku masih menyimpan salinan dokumen2 yang penting. Jadi, bila pegawai polis tersebut minta pada aku, aku hanya perlu serahka tanpa perlu banyak bersoal jawab. Esok, aku kene dtg semula.Pagi Khamis tuh, awal2 dia buka pejabat tuh aku dah ada. Hari ini bersama aku Fadhlina. Qasem wajib ada, dalam keadaan aku skang nih, orang tanya "ma ismuki" pun aku x faham. Setelah die tnya itu dan ini, dia suruh aku amek awal pagi esok. Angin sekejap. Tiba2 aku bersuara. Aku pun x sangka. Akak tuh faham. So, aku boleh amek laporan tuh petang.


Petang tuh setelah amek report aku aku g check tiket. Paling awal 24 april, jumlah perlu ditambah 2200 dh. Yang murah ada 1680dh bertarikh 6 Mei, xmahu la aku.Aku book jer dulu. Esok lagi satu kerja aku perlu settlekan. Passport emergency. Malam tuh aku menghubungi En Rahman. Beliau meminta aku hadir ke Kedutaan Malaysia pada waktu petang, sebab pagi  beliau ada mesyuarat.
agensi travel yg aku kujungi

Jumaah Mubarakah ! Pagi hari aku beli tiket. Alhamdulillah ada tiket awal sikit bertarikh 22 april 2012. Terus aku beli. Petang tuh aku ditemani Kauthar ke Kedutaan Malaysia. Alhamdulillah berakhirnya juga segala urusan. Tersenyum aku bersendirian ! Dalam pada kita menyelesaikan segala urusan jangan pula kita lupa untuk berdoa kepada Allah. Jika kita tidak meminta bagaimana Allah mahu membantu kita. Berdoa pula kita harus mematuhi adab-adabnya.

Pertama : Bewudhu'
 عن أبي موسى ـ رضي الله عنه ـ قال : ( دعا النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ بماء فتوضأ به ثم رفع يديه فقال : اللهم اغفر لعبيد أبي عامر ، ورأيت بياض إبطيه فقال : اللهم اجعله يوم القيامة فوق كثير من خلقك من الناس )(البخاري



Kedua: Menghadap qiblat
عن عمر بن الخطاب ـ رضي الله عنه ـ قال : ( لما كان يوم بدر نظر رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ إلى المشركين وهم ألف وأصحابه ثلاثمائة وتسعة عشر رجلا ، فاستقبل رسول الله القبلة ثم مد يديه فجعل يهتف بربه يقول : اللهم أنجز لي ما وعدتني ، اللهم آت ما وعدتني .. )(البخاري



Ketiga: Mengangkat kedua tangan

عن سلمان الفارسي ـ رضي الله عنه ـ قال : ( إن ربكم حيي كريم ، يستحي من عبده أن يرفع إليه يديه فيردهما صفرا ) (ابن ماجه) .. 
Keempat: Dalam keadaan khusyu' dan melembutkan suara
عن هشام بن عروة ـ رضي الله عنه ـ قال : أخبرني أبي عن عائشة ـ رضي الله عنها ـ في قوله عز وجل : { وَلا تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلا تُخَافِتْ بِهَا }(الإسراء: من الآية110) ، نزلت في الدعاء )(النسائي


Kelima:Mulakan dgn puji-pujian
وعن عبد الله بن مسعود ـ رضي الله عنه ـ قال : ( كنت أصلي ، والنبي ـ صلى الله عليه وسلم ـوأبو بكر وعمر معه ، فلما جلست بدأت بالثناء على الله ، ثم الصلاة على النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ ، ثم دعوت لنفسي ، فقال النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ : سل تعطه ، سل تعطه )(الترمذي

Keenam: Yakin Allah akan menyempurnakan doa tersebut
 حديث أبي هريرة قال : قال رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ : ( من لم يسأل الله يغضب عليه) . ولذلك كان أبو الدرداء ـ رضي الله عنه ـ يقول : " من يكثر قرع الباب يوشك أن يفتح له ، ومن يكثر الدعاء يوشك أن يستجاب له


Itu shaja,doa dgn ikhlas dan penuh keyakinan...InshAllah mustajab !!!