24 February 2012

KEMBARA ILMU



25 OKTOBER 2008,FROM KLIA TO AEROPORT MOHAMED KHAMIS, CASABLANCA



Bermula tarikh ini, maka bermulalah kehidupan saya sebagai pengembara ilmu.InshAllah.
Pada asalnya, ini bukan kemahuan saya. Kisahnye bermula di Kuliah Al-lughah WaDdin Sultan ABu Bakar, Pekan,Pahang. Ada tawaran dibuka bagi mereka2 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Universti Timur Tengah. antaranya, yang pertama, offcourse la, Mesir. Kedua, Perbankan Islam, Universti Yarmouk, Jordan.Ketiga, Universti diMorocco.


Universti diMorocco

Saya dimaklumkan oleh pegawai Yayasan Pahang + Ikip bahawa tawaran yang mereka buka adalah terhad iaitu sebanyak 10 org shj, itu jika anda berminat ke Morocco. Lain halnya, kalo anda mahu ke Jordan atau Mesir. Maka, sy tertarik. Cube mencabar diri. Agak2 Yayasan Pahang nak taja aku tak ke Morocco.Aku pun isi borang.


Setelah beberapa minggu kot, pegawai Yayasan Pahang menghubungi ibuku dirumah. Ibuku seakan terkejut, mana taknya, anak dia nih xmaklumkan lagi padanya.terkjut la beliau. Maaf, ibu. Aku dipanggil untuk ditemuduga. Tanpa perasaan. Aku pergi. Pihak Kuliah ada menyewakan untuk kami sebuah bas bagi memudahkan kami untuk pergi ke tempat temuduga, IKIP 5, Pergi shj, balik sendri sbb minggu tersebut adalah minggu cuti kami. Rakan-rakanku yang lain sibuk memegang kamus. Aku pelik. Owh, rupe-rupenye mereka sedang menambah vocab arab mereka. Hebat ! Aku...? Kamus yang dorang pegang tuh pun aku xada. Selamba. Sekarang kamus tersebut banyak membantu aku.


Ok.Dah sampai.Ramainya orang. Sebelum itu, aku yang nakal ini mengeluarkan telefon bimbitku setelah pasti keadaan selamat. "Ayah, skit lg jgn lupa amek ayong, k" nak pesan tuh jer.Sebab aku dah pengalaman, ibu ayah xdtg2 amek report card sampai petang.


Kami semua berkumpul dalam satu dewan. Ada yang mahu ke Jordan, Mesir dan Morocco. Mesir paling ramai.Kemudian kami yang memohon ke Morocco dipanggil keluar, diambil maklumat diri kami dan meminta kami bersedia.Kepanaan sebentar.Sempat aku berkenalan dgn seorang rakan temuduga aku. Namanya Farhan kalo xslap, sekolah Chenor.Sekarang aku dah xkenal siapa dia. Kami dipanggil masuk. Baru aku rasa cuak, mencuba meningati kalimah2 yang rakanku sebut2 dalam bas tadi.


Alamak, dah sampai turn aku !!! Ustaz Khairul Anuwar nama beliau. Muka garang. Dia bagi aku sebaris ayat dan meminta aku menjawabnya. Ayat senang jer. Patut aku baca perkataan last sekali tuh berbaris bawah,tapi aku dah tersilap.Farhan yang disebelah aku yg jawabkan.Selepas itu, Ustaz tanya aku apa pekerjaan ayahku, aku lega...soalan simple "pembantu tadbir",jawabku. "Dalam bahasa Arab..?",aduh...!dalam otak aku pembantu = tolong, tolong dalam bahasa arab مساعدة , tadbir = tadbir lah...aku pun tibai la مساعد التدبير, Beliau tersenyum. Lega. Tak tahu la betul ke tidak. "Bahasa Perancis...?" Beliau xhabis lagi soal aku. Aku geleng kepala. Nak tibai memang xmampu.Sikit pun aku xada asas. Aku jujur. "Saya tak pernah belajar bahasa perancis, ustaz" Ustaz tersebut sengih dan tersenyum sambil berkata..."Tak apa, nanti kami akan ajar" dalam hati, adakah ini tandanya,aku diterima...?Selesai giliran aku. Rasa nak masuk balik dan nak bagitahu kat ustaz tuh. Aku datang saja2 jer bukan serius !!!


Sebulan jugak kot.Tiba2 kawan2 aku. Asna, Asna, ko  dapat Morocco. Serius aku xpercaya !!! Lagipun aku memang xnak. FAHAM. Nama si Farhan tuh xada pun.Kasihan dia. Dia memang beria-ria dan bersemangat.Aku sedih. Pernah la jugak aku kami berhubung didalam telefon. Ada kawan dia jumpa aku, jIka aku xnak, si Farhan tuh mengharap sangat. Aku xboleh buat keputusan. Apa-apa hal aku kene refer pd ibuayah dulu walau perkara yg aku xsuka. Boleh dikata tiap2 hari ibu ayah ulang alik Pekan - Kuantan semata-mata nak pujuk aku terima tawarn tersebut. Siap belanja kawan2 yang sekolah dengan aku KFC besar plak tuh. Aku tetap berkeras hati. Gaya ibu ayah cam dah putus asa. Tak sangka, mereka menggunakan kawan2 aku.Aku tahu walau aku kata xnak pun, aku kene jugak. Aku kenal ibu ayah aku. Aku xsanggup dorang sedey. Aku pasrah. Akhirnya, aku sampai ke bumi Morocco nih walaupun disaat akhir keberangkatan ke sini terdapat pelbagai masalah. Sebab nama kami xnaik. Alhamdulillah, ustaz Khairul Anuwar yang menaikkan nama kami disini. Masa tuh, berkali aku merungut, mengulang semula kata2 ku, kalo la dulu aku terima tawaran untuk belajar akaun atau UDM, tentu xjd cam tuh. Tapi, harapan ibu ayah lebih besar dan Allah knows the best !!!


Dan sekarang, tengok ini...


sy,shaliza,fatin.madihah, azma, kaq mun,aman

Akhirnya, saya telah bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam,Universti Ibn Tofail, Kenitra, Morocco. Alhamdulillah, berkat doa anda semua. Tapi ini bukan bermakna kembara ilmu akan berhenti disini kerana ilmu Allah xkan pernah habis, banyak lagi yang perlu diterokai.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , قَالَ " مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَرْجِعَ "

Nah, hadiah buat kalian.Selamat mendengar dan hayati !!!


18 February 2012

LAMBAT LAGI



15 FEBUARI 2012, From Kenitra to Casablanca.


Jam menunjukkn 7.45 am. Oh,no !!! dah tersangat lewat nih kataku kpd ahli bayt fbi 001.Lalu kalut mempersiapkan meminta ahli bayt menyegerakan diri.Alamatnya memang lepas nih mereka akan Cop umah kami, umah lambat la. Almaklumlah, rumah dipedalaman naik bas pling cpt pun 20 mnit.Tak ape, tenang sudaa...kalut2 pun nanti ada bawa duit xcukup la...rasa xcomey la...haish !!! perempuan memang cerewat.


Akhirnya, kami sampai juga ditempat dimana semua orang sedang menunggu kami dgn tempat duduk yang empuk.Terima kasih adek2 mencarikan kami pengangkutan yang best walaupun kalian menyambut kedatangan kami seperti org terlebih makan cuka.Kami tak kisah,yang penting kami sampai ke destinasi yg dituju. 


"Jom, bertolak !!!"
Aku seronok.Jalan ramai bersama2 dgn mereka2 yg menenangkan hati membuatkan hariku berseri-seri.Aku suka.Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai. Tengok angka tuh seolah2 macam bosan.Tapi bila diisi sekejap jer.

"Ok, dah sampai !!!"



Terus aku melompat dr van tersebut. Alhamdulillah selamat tiba. Aku menghirup udara laut disitu.Segar. Mungkin ada peluang seterusnya untuk aku merasai keadaan seperti. Hanya Allah yang tahu. Kakiku mula melangkah masuk.Padahal aku xtahu pun nak beli buku apa.Aku tak merancang untuk berada lama didalam pameran tersebut sebab aku nak g makan seafood di Bab Marrakech. Bagi aku menarik juga pameran buku pada tahun nih.Tapi sayang, kebanyakan buku sudah kehabisan stok.Kasihan junior2 ku.Ahaks~

Hurm, apa aku nak fokus disini aku tertarik dengan replika Kaabah dan replika Masjid Nabawi,Madinah. SubhanAllah, MasyaAllah, aku sungguh teruja.Kerinduan aku makin membuak2. Mungkin InshAllah, satu hari nanti pastu aku akan kesini. Aku mengharapkan kerinduan aku terhadap tempat lahirnya baginda s.a.w membuatkan aku menjadi hamba yang sentiasa dekatNya dan redha dgn apa yang Dia tetapkan untuk aku.,menjadikan aku hamba yang taat pada Allah juga kedua ibubapa ku.Moga aku dalam kalangan hamba2 yang sentiasa berlandaskan agama.

Dalil kewajipan menunaikan haji bagi orang muslim.


 قوله تعالى: (ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا. ومن كفر فإن الله غني عن العالمين
وأما السنة فحسبنا منها الحديث الأشهر، وهو قوله صلى الله عليه وسلم : "بني الإسلام على خمس … وعد منها: وحج البيت لمن استطاع إليه سبيلا" متفق عليه عن ابن عمر
p/s:sila rujuk hadis 40,hadis yg ke 3

Semoga kita semua mampu melengkapkan tiang agama islam seperti mana yang telah ditetapkan.Ingat rukun Islam. 



Ok, jam dah menunjukan jam 5.30 ptg.Dah perlu bersiap2 untuk pulang semula ke rumah kesayangan.Btw, saya akan merindui kenangan ini keran bagi saya kita akan sentiasa hidup dalam kenangan.Kerana kenangan lalu kita berada sekarang. "What happens-happens"

07 February 2012

bersyukur~




"jangan bandingkan diri anda 
dengan orang yang berada  diatas kamu tapi
bandingkan diri anda 
dengan orang berada dibawah kamu"

 "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." 


Bersyukur artinya berterima kasih...dr perkataan شكرا .Didalam Al-Quran terdapat sebanyak 75 kalimat syukur. Begitu juga kalimah musibah terdapat sebanyak 75 kalimat. Syukur atau berterima kasih bukan sesuatu yg mudah seperti mana zahirnya.Saya pernah membaca kisah pelajar malaysia yang belajar luar negara(x igt) bila mana mereka tidak membiasakan diri mereka dengan perkataan "thank you" bilamana ada seseorang berbuat baik kepada mereka. Mereka seolah2 dilayan acuh x acuh shj.dan seolah2 mereka yg disekeliling mereka tidak mempedulikan mereka.Lain pula bila ada antara mereka mengucapkan "thank you". Dia dilayan dengan begitu baik sekali walaupun sebelum itu mereka tidak pernah bertemu.


Tengok, berbeza kan 2 watak tersebut.
Jika dengan manusia bila kita tidak dipedulikan inikan pula dgn Allah. Jika dgn Allah pun kita mudah mengeluh adakah itu tandanya kita bersyukur padaNya...?dan adakah bila datang kepada kita suatu musibah kita menjadi hamba tidak bersyukur...?


Walauapapun yang terjadi, musibah atau kegembiraan kita mesti bersyukur juga.Boleh jadi kita belajar dari musibah. Mungkin tanpa musibah tersebut kita x akan berubah kepada yang lebih baik. Mungkin boleh jadi dengan musibah tersebut membuatkan kita lebih menghargai apa yang kita ada sekarang. Kerana setiap yang Allah tentukan itu ada hikmahNya yang tersembunyi.Allah menguji manusia dgn pelbagai cara.Saya ada kisah sendiri.Yang sy rasa sgt terkesan dalam diri.


Masa tu saya sangat2 kecewa dengan keputusan sy ketika itu kerana subjek yang tidak disangka2 kurang dari markah yang sepatutnya.Dahlah subjek tu susah dan ustaznye pun apa kurangnya.Saya sedih. Tapi nak x nak sy kene lalui juga. Ok, fine.Apa susah istidrok jer la.At least, ada peluang ke 2.Alahamdulillah sy najah.dan saya begitu semangat tuk mengambil slip result sy. Bila diteliti betul saya sebenarnya dah lulus tanpa perlu istidrok. Untuk ta'kid sy tanya kepada beberapa org.Ya memang betul x perlu istidrok.Saya rasa sangat geram. Setelah beberapa ketika sy bersyukur.Jika tidak kerana kesilapan markah saya rasa mungkin sampai sekarang saya x faham subjek tersebut dimana subjek nih merupakan asas kpd cabang2 ilmu yang lain.Alhamdulillah. Saya selamat dari tertunduk dari bisikan syaitan.




What happens-happens. Perkara itu dah setahun berlalu dan akan kekal abadi dalam lipatan sejaran hidup saya.tapi itu bukan bermakna boleh suka2 jer ambil sambil lewa.Nak jadi umaht islam yg berjaya kene sentiasa tingkatkan prestasi diri.




05 February 2012

rindukan tempat itu


Tempat itu sangat indah, sangat tenang, aman dan damai.Tapi saya sendiri tak pernah kesitu,cuma hati shj yang menyatakan rindu. Rindu itu sentiasa bertandang walaupun tidak pernah menjejaki kaki ke situ. Saya tak faham kenapa...mungkin kerana disitulah tandanya keagungan Islam dimana semua hambaNya berkumpul untuk mendekatkan diri padaNya...dan tempat itu adalah...




cantikkan tempat nih., sy suka sangat
sy x tahu bile saya akan sampai sini




ayuh sama2 kita berdoa agar kita semua berpeluang datang ke sini sebelum malaikat Izrail menjemput kita ke alam baru